suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat lelaki ditemui di tepi jalan dalam keadaan kaki, tangan diikat

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan.

MAYAT lelaki dalam keadaan tangan dan kaki diikat ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, Gombak, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui seorang individu yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada Balai Polis Rawang kira-kira jam 11.40 pagi.

“Mangsa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

"Hasil pemeriksaan menunjukkan tangan dan kaki mangsa diikat. Terdapat tanda-tanda kecederaan serius di kepalanya," katanya.

Mangsa ditemui memakai seluar pendek hitam dan kemeja-T berwarna merah maroon dengan tertera tulisan 'Confident'.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia