suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam dalam filem, pelayan restoran Pandan Indah maut selepas alih bungkusan atas kereta

Letupan daripada sebuah bungkusan meragut nyawa seorang pelayan restoran.

SEORANG pelayan di sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur terkorban dalam insiden letupan pada Khamis malam.

Ketika kejadian pada kira-kira pukul 8.50 malam itu, pelayan restoran berkenaan difahamkan sedang cuba memeriksa bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di atas kereta miliknya jenis Toyota Corolla Altis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mengalihkan bungkusan terbabit selepas dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan itu.

"Ketika dia sedang memeriksa bungkusan itu, letupan berlaku. Kami percaya ia berpunca daripada bungkusan tersebut.

"Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

"Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan," katanya.

Mohamad Farouk juga memaklumkan pihaknya menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan berhampiran lokasi kejadian dan sedang menyiasat perkara berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia