suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat mulai Januari 2023, semua murid terima bantuan awal persekolahan - Anwar

Bantuan awal persekolahan diberikan kepada semua murid.

BANTUAN Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diteruskan dengan pembayaran diawalkan pada Januari ini berbanding Mac.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 juta biji telur diimport sehari, elak beban kenaikan harga barang - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak mohon pengampunan” - Anwar minta PAS menghadap Sultan Muhammad V

"Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

"Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini," kata Perdana Menteri ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam masa sama, beliau menyatakan kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Jelasnya, bayaran berkenan yang akan disalurkan pada Januari, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

"Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023," ujar Perdana Menteri.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan kepada pekebun kecil getah pada Januari ini bagi memastikan kebajikan golongan sasar.

"Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah," kata Anwar lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain