suria

Anwar enggan terima cenderahati, minta budaya ini dihentikan

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, minggu lalu.

BERPEGANG kepada etika pengurusan dan pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima sebarang bentuk cenderahati.

Anwar, yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 itu juga menggesa agar budaya sebegitu dihentikan.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Walaupun begitu, Anwar menghargai niat baik mereka yang memberi tetapi lebih mementingkan etika dalam pimpinannya.

"Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap serupa bikin... Anwar mula langkah jimat cermat, tolak guna kereta mewah Mercedes S600

Terdahulu, Anwar juga menolak keistimewaan menaiki kenderaan mewah jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi.

Anwar juga tidak akan membuat sebarang pengubahsuaian untuk pejabatnya.

Menurutnya langkah itu adalah untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan baru dilakukan.

Selain itu, inisiatif tersebut juga sebagai mesej kepada ketua jabatan kerajaan yang lain untuk melakukan penjimatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain