suria

Umno sokong kerajaan perpaduan bukan diketuai PN, Zahid kekal terajui BN

MKT kekal memberi sokongan buat Ahmad Zahid. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star.

MESYUARAT Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu kenyataan pada Khamis.

"Mesyuarat MKT Umno pada 23 November 2022 sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Surat Ahmad Zahid kepada Agong bocor... Terang-terang sokong Anwar jadi PM10

"MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," ujar kenyataan itu.

Mesyuarat yang diadakan pada Khamis turut membuat ketetapan bahawa MKT kekal memberi sokongan buat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal menerajui parti berkenaan.

"MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden Umno Malaysia.

"Dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21 hingga 24 Disember 2022," ujar kenyataan itu lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain