suria

Majlis Raja-Raja mesyuarat esok, calon PM10 masih jadi teka-teki

Satu pertemuan antara Al-Sultan Abdullah dengan Raja-raja Melayu diadakan esok.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini.

Menerusi kenyataan Istana Negara pada petang Rabu, mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah 30 MP BN menghadap esok pagi, pertemuan secara individu

"Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

"Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

"Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti," demikian kenyataan tersebut.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain