suria

Penjawat awam dapat gaji awal, duit masuk sebelum hari mengundi PRU15

Bayaran itu akan dibuat pada 14 dan 17 November. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

PENJAWAT awam dan pesara kerajaan bakal menerima gaji dan bayaran pencen lebih awal bagi bulan ini iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November.

Ia ternyata berbeza dengan kelaziman biasa apabila mereka sebelum ini menerima bayaran gaji dan pencen pada tarikh 25 hari bulan.

Khabar gembira itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan(MOF) menerusi satu surat bertarikh 7 November.

Menurut surat berkenaan, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” ujar surat itu.

Difahamkan, pemberian gaji dan bayaran pencen lebih awal dibuat sebagai insiatif bagi membolehkan pengundi pulang ke kawasan masing-masing sempena Pilihan Raya Umum (PRU15) pada 19 November depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain