suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Alam banjir lagi, penduduk mula berjaga-jaga

Shah Alam dilanda banjir. Foto : Twitter

KAWASAN sekitar Shah Alam seperti Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, dan Padang Jawa dinaiki air selepas hujan lebat dari pukul 3 petang, Selasa.

Air di beberapa kawasan dilaporkan telah naik ke paras 0.5 sehingga 1 meter.

Warga Maya di Twitter yang berada di kawasan terjejas sempat memuat naik gambar dan video banjir kilat yang melanda.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat air naik tinggi di atas jalan raya dengan kereta di kawasan rendah mula tenggelam.

Selain itu, pelajar sekolah yang hendak pulang dilihat perlu meredah air paras buku lali.

Seorang netizen @alyaa_haliqa dipercayai menetap di kawasan yang dinaiki air memberi amaran kepada penduduk Shah Alam untuk berjaga-jaga.

"Alert orang Shah Alam, air dah naik. Ada tempat dah start banjir, Seksyen 17, 18, 23, 24, Alam Impian, Sri Muda, Taman Sentosa, Highway Klang semua tempat dah naik air.

"Suami saya pun dah sangkut banjir tadi air masuk kereta. Hati-hati semua.

"Sg Kandis ada rumah dah naik air. Please everyone alert. Hujan macam ni selalu sampai ke malam. Bukit Naga dah start begelap, Batu 8 pun," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain