suria

Rupa-rupanya mabuk, lelaki rosakkan kereta abang diburu polis

Tangkap layar video pemuda cuba memecahkan sebuah kereta parkir flat.

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dirakam merosakkan sebuah kereta di parkir Flat Sri Perak, Sentul di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang mendakwa adiknya yang mabuk ketika itu, bertindak merosakkan cermin keretanya.

"Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5.17 petang Khamis.

"Suspek yang berumur 24 tahun bertindak memecahkan cermin kereta dengan membaling objek dipercayai batu dan mencabut 'wiper'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam kena rasuk! Pemuda amuk pecahkan cermin kereta parkir 2 petak, netizen bimbang masuk Penjara Sungai Buloh

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Eng Lai berkata. kes disiasat mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

"Kita kini memburu suspek yang melarikan diri," katanya.

pecah kereta 2

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Sentul di talian 03-40482222.

Terdahulu, video berdurasi seminit dan 25 saat yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta Proton Saga di sebuah parkir flat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain