suria

Berbelanja di Mydin guna aplikasi Boost, pelanggan berpeluang menang hadiah lumayan sehingga RM60,000

Kerjasama Mydin dengan Boost menawarkan pulangan tunai dan ganjaran lumayan kepada pelanggan.

SEBUT sahaja Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), tentunya terlintas di fikiran adalah harga barangan yang murah dan berpatutan.

Terbaharu, pasar raya besar itu mengumumkan kerjasama dengan syarikat fintech Boost yang menawarkan pulangan tunai (cashback) serta ganjaran lumayan buat para pelanggan.

Kempen yang bermula 18 Ogos sehingga 20 November 2022, menawarkan 10 peratus pulangan tunai kepada pelanggan yang membeli-belah menggunakan aplikasi Boost, di mana-mana cawangan Mydin untuk jenama terpilih seperti Adabi, Bestari, Marigold, Cadbury, Nestle dan banyak lagi.

Lebih menarik, pengguna aplikasi Boost yang berbelanja minimum RM100 di mana-mana cawangan Mydin turut berpeluang memenangi hadiah lumayan sehingga RM60,000.

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie.

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie di Mydin USJ.

Sepanjang kempen ini berlangsung, seramai 300 pemenang akan dipilih untuk menerima Boost Mydin Wallet bernilai RM200, dengan syarat perbelanjaan minimum RM100 sahaja.

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin berkata, pihaknya yakin kolaborasi itu akan memanfaatkan rakyat Malaysia, khususnya buat pelanggan mereka serta pengguna aplikasi Boost.

"Kolaborasi ini sudah tentu menjadi terjemahan komitmen bersama dalam menjayakan aspirasi kerajaan iaitu menjadikan ekosistem perniagaan sentiasa inovatif, mudah dan berdaya maju.

"Saya yakin dan percaya, sinergi dan kolaborasi antara Mydin dan Boost sebagai syarikat tempatan akan membawa manfaat positif kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pelanggan Mydin dan pengguna aplikasi Boost.

"Kerjasama dengan Boost ini turut menjanjikan pelbagai rebat istimewa dan ganjaran kepada pelanggan untuk membeli belah dengan lebih mudah dan selamat," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun ke-65, Mydin lancar kempen tawar diskaun tak masuk akal mahu ringankan beban rakyat

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis di Mydin USJ, Subang Jaya, pada Rabu. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie.

Selain itu, sempena sambutan ulang tahun Mydin 65 tahun 'Bersama Keluarga Malaysia' yang bermula 18 Ogos sehingga 30 Oktober 2022 pula, pasar raya itu turut komited memberi khidmat terbaik kepada para pelanggan.

"Tahun ini genap usia 65 tahun berkhidmat untuk rakyat Malaysia, sesuai dengan tema sambutan ulang tahun kami iaitu Mydin 65 tahun 'Bersama Keluarga Malaysia'.

"Ini merupakan komitmen dan janji kami untuk sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada semua dengan tawaran barangan dengan harga yang kompetitif dan berkualiti, di samping memberikan pengalaman beli-belah yang selesa dan mudah.

mydin boost

Kempen Mydin bersama aplikasi Boost kini berlangsung sehingga 20 November 2022.

"Sepanjang kempen ini berlangsung, Mydin menjalinkan kerjasama dengan 84 jenama dari rakan strategik kempen termasuk Boost.

"Pihak kami merangka pelbagai promosi dan peraduan sepanjang kempen berlangsung sehingga 30 Oktober depan," ujar Ahimmat.

Mydin turut melancarkan laman sesawang Mydin.my dan 'Kad Keahlian Meriah' berwajah baharu dengan pelbagai tawaran dan rebat istimewa dengan rakan dagang serta diskaun hebat bagi ahli yang mendaftar.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman sesawang Mydin Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain