suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2023 dijangka dibentang lebih awal, 7 Oktober

Bajet 2023 dijangka diadakan di Dewan Rakyat lebih awal.

BAJET 2023 yang dijadualkan dibentangkan pada 28 Oktober kini diadakan lebih awal.

Ia kini dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober, tiga minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Kabinet, yang bermesyuarat pada Jumaat, dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan tersebut dianggap sebagai petunjuk bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai perkara itu, pegawai Barisan Nasional (BN) berkata, Parlimen boleh dibubarkan selepas Bajet dibentangkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan membentangkan Bajet tersebut selepas Dewan Rakyat memulakan mesyuarat seterusnya pada 3 Oktober.

Susulan arahan Kabinet, langkah seterusnya ialah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan Ahli Parlimen mengenai tarikh baharu itu. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain