suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu lori amuk depan rumah, tak puas hati isteri minta cerai... Rupa-rupanya ada 3 rekod jenayah lampau

Suspek tidak berpuas hati selepas isterinya memfailkan permohonan cerai di mahkamah. (Gambar Hiasan)

AJAL maut, jodoh pertemuan semuanya ketentuan Allah.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan lelaki ini apabila dia tidak berpuas hati selepas isterinya memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Taman Bukit Teratai, Ampang selepas didakwa mengugut isterinya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam pada 11 Julai lalu di rumah mangsa di Taman Muda, Ampang.

“Suspek menimbulkan kekecohan di hadapan rumah mangsa dan memarahi mangsa kerana memfailkan cerai.

“Suspek turut menjerit ugutan serta kata-kata kasar kepada mangsa.

“Selepas mangsa membuat laporan, kami menahan suspek kira-kira jam 2.15 pagi Sabtu,” katanya.

Suspek yang merupakan pemandu lori mempunyai tiga rekod jenayah jenayah lampau.

"Suspek kini direman sehingga Isnin (18 Julai). Kami sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain