suria

Nahas babit 29 kenderaan... ibu maut, anak 10 tahun putus kaki kanan ditimpa besi

Lori yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap kenderaan lain di Jalan Kemunting, Pasir Puteh. Foto: media sosial

MENYAYAT hati! Dua beranak yang sedang menaiki motosikal ditimpa besi daripada sebuah lori yang membawa muatan tersebut, dalam satu kejadian di Jalan Kemunting, Pasir Puteh, pada Khamis.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 9.10 pagi itu mengakibatkan seorang ibu berusia awal 30-an yang juga penunggang motosikal maut, manakala anak lelakinya yang berusia 10 tahun hilang kaki kanan.

Kejadian itu turut mengakibatkan tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dipercayai ditimpa besi daripada sebuah lori yang membawa muatan tersebut.

Difahamkan, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang membawa muatan besi dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menghala ke Bandar Baharu Pasir Puteh.

Setiba di lokasi, lori tersebut telah terbabas semasa melalui selekoh di kawasan lampu isyarat.

Kejadian tersebut turut melibatkan dua buah motosikal, satu lori pasir, dua buah kereta dan satu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan 21 buah basikal. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain