suria

Teman lelaki wanita hina Islam dituduh muat naik content jelik dengan niat menyakitkan hati

V Alexander Navin mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan pada Rabu.

KISAH seorang pelawak wanita yang menghina Islam hangat diperkatakan netizen sejak Sabtu lalu.

Dalam perkembangan semasa, teman lelaki kepada pelawak wanita itu turut dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial.

Tertuduh iaitu V Alexander Navin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus, pada Rabu.

Menerusi pertuduhan pertama, dia memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter 'greenleafyconnoiseur' di pautan Instagram dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Untuk pertuduhan kedua, dia dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.

file7lu92t2mpop112sh8l3n

Siti Nuramira Abdullah hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial

Hakim mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 1 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, teman wanitanya Siti Nuramira Abdullah turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina Islam ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.

Wanita itu membuat pengakuan berkenaan dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakah persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain