suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air mata Aidiladha... Penerima daging korban tak menyahut ketika dipanggil, meninggal dunia secara tiba-tiba

Mangsa meninggal dunia ketika ketika pengagihan daging sempena Hari Raya Aidiladha pada Isnin. (Gambar Hiasan).

SEORANG lelaki berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia ketika pengagihan daging sempena Hari Raya Aidiladha di pusat khidmat parlimen Masjid Tanah, Melaka pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata lelaki yang dikenali sebagai Abd Malik Bakar itu gagal menjawab apabila namanya dipanggil penganjur untuk mengambil bungkusannya kira-kira jam 11 pagi.

"Seorang wakil penganjur pergi ke tempat lelaki itu duduk dan mendapati dia tidak sedarkan diri. Beberapa orang kemudiannya membawa lelaki itu ke sofa sebelum memaklumkan klinik kesihatan Kuala Sungai Baru," katanya.

Sejurus ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata penganjur kemudian membuat laporan polis.

Tambah beliau, perkara itu telah diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain