suria

Wanita hamil cedera, diserang anjing jiran terlepas tali pengikat

Mangsa diserang gara-gara anjing milik jirannya terlepas tali pengikat. Gambar hiasan

GARA-GARA kecuaian jiran, seorang wanita hamil cedera akibat diserang anjing yang terlepas daripada tali pengikat sehingga menyebabkan haiwan tersebut bertindak di luar kawalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, ketika kejadian yang berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, pada Sabtu, mangsa berumur 35 tahun itu sedang melindunginya anak-anaknya daripada diserang anjing berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan anjing tak bertanggungjawab, wanita parah diserang gara-gara pagar terbuka... rupa-rupanya ramai jadi mangsa - “Kalau lalu situ memang dia standby perah motor laju-laju”

"Siasatan mendapati anjing tersebut adalah milik dan di bawah peliharaan seorang wanita warga tempatan iaitu jiran di kawasan yang sama dan tidak mempunyai lesen yang sah untuk memelihara anjing tersebut.

"Kejadian dikatakan berpunca daripada pemilik anjing tersebut telah cuai terlepas tali pengikat anjing menyebabkan anjing bertindak luar kawalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Kajang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin memelihara anjing di mana-mana premis termasuk rumah persendirian agar mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Selain itu, pemilik harus memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi supaya perkara seperti kejadian ini dapat dielakkan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain