suria

Gempar lelaki bawa mayat anak perempuan ke balai polis untuk buat laporan

Seorang lelaki membawa mayat anak perempuannya ke balai polis untuk membuat laporan kematian. -gambar hiasan

BALAI polis di Sibu digemparkan dengan tindakan seorang lelaki warga emas yang hadir membawa mayat anak perempuannya untuk membuat laporan kematian, pada Isnin.

Difahamkan, lelaki berkenaan sebelum itu menghantar anaknya ke universiti awam di Sibu untuk menghadiri kelas.

Apabila dia pulang ke kediaman keluarga di Bawang Assan kira-kira pukul 10 pagi, dia melihat anak perempuannya berusia 49 tahun, yang bertugas sebagai guru, rebah di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis persoal kenapa van jenazah guna lampu kecemasan, selain tuntutan agama NGO beri 6 sebab perlu segera kebumi arwah

Lelaki itu kemudian membawa anaknya ke klinik di mana doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia dan menasihatkannya untuk membuat laporan polis.

Dia diminta supaya meninggalkan mayat anaknya di klinik, namum enggan berbuat demikian dan membawanya ke balai polis.

Setibanya di balai polis pada pukul 11.10 pagi, anggota polis yang sedang bertugas terkejut dengan tindakan lelaki itu dan keluarganya membawa mayat tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zuklipli Suhaili ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan perkara itu.

Beliau menambah, polis kini menyiasat kes tersebut termasuk punca kematian wanita berkenaan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi