suria

Terima kasih cikgu! Guru tunjang penting sistem pendidikan negara

Radzi (tengah) bergambar bersama penerima anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022.

SETIAP tahun pada 16 Mei, negara menghargai kerja keras dan dedikasi guru yang tidak terhingga dalam membentuk masa depan negara.

Banyak usaha dilakukan, bukan sahaja membimbing pelajar dari segi akademik, tetapi juga membentuk mereka menjadi insan yang baik secara menyeluruh.

Ramai pendidik kita berusaha keras, tetap bekerja meskipun tamat sesi persekolahan bagi memastikan tanggungjawab mereka dilaksanakan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anugerah Hari Guru 2022: Pendidik kongsi kisah inspirasi, lalui cabaran getir demi anak murid

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tiada seorang pun manusia di muka bumi ini yang kehidupannya terlepas daripada kehadiran seorang guru.

Menurut beliau, setiap daripada kita pernah dibimbing, ditegur dan diajar adab oleh guru-guru.

"Mereka membantu membentuk cara kita berfikir.

"Ia adalah satu profesion yang disanjung tinggi dan dihormati oleh seluruh masyarakat," katanya, sambil menambah bahawa ia menggambarkan peranan guru yang amat besar dalam pembangunan, rakyat dan tamadan di seluruh dunia.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa memberi perhatian kepada perkara yang melibatkan guru, tugas dan kebajikan mereka.

Hari Guru 1_page-0001

Sejak hari pertama melangkah ke kementerian, katanya, tumpuannya adalah untuk menangani masalah yang dihadapi oleh guru.

Sebagai contoh katanya, negara kekurangan 18,000 guru ketika beliau menyertai kementerian.

"Untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru yang membelenggu sistem pendidikan negara sejak bertahun-tahun, kementerian memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) untuk pengambilan guru secara 'one-off' bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan.

"Terima kasih kepada KMP, kita berjaya mengisi 87 peratus daripada 18,702 kekosongan," katanya sambil menambah kementerian juga sedang menyusun semula proses pertukaran guru sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan profesion itu.

Beliau berkata, permohonan pertukaran tersebut kini boleh dibuat sepanjang tahun.

"Pertukaran empat kali setahun akan dibenarkan mengikut kesesuaian tempat yang dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit.

"Guru besar atau pengetua sekolah juga tidak lagi dibenarkan menghalang 'guru cemerlang' mereka daripada memohon pertukaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 di mana Festival Guru Malaysia (FGM) selama lima hari buat pertama kali diadakan di Kelantan.

haru guru kpm 3

Seorang guru mengambil gambar swafoto bersama Radzi (baju biru) dalam satu acara berbasikal sempena sambutan Hari Guru di Bachok.

Ini merupakan sambutan pertama kali Hari Guru dalam acara tahunan berskala besar sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada 2020.

Sepanjang pandemik, Radzi berkata, hampir 500,000 guru negara menambah usaha mereka untuk memastikan warga sekolah di seluruh negara terus menerima pendidikan yang terbaik

Pendidikan, bahagimanapun menghadapi cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Memberi penghormatan kepada golongan pendidik, kata beliau, dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam memberi yang terbaik melangkaui pembelajaran di dalam kelas.

"Apabila sekolah akhirnya dibuka semula, pertama dengan sistem penggiliran, kemudian kapasiti penuh, guru bersedia untuk memantau dan memastikan bahawa prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi supaya pelajar kekal selamat.

"Guru bekerja keras untuk melaksanakan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah sebaik ia dikeluarkan oleh kementerian," katanya.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan 'Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA', Radzi berkata, kejayaan kementerian terhadap konsep Sekolahku SEJAHTERA sebahagian besarnya bergantung kepada guru.

Mengenai konsep Sekolah SEJAHTERA, Radzi berkata, ia bertujuan untuk mendedahkan anak-anak kepada nilai dan pengajaran yang penting dalam kehidupan.

Tambah Radzi lagi, beliau berharap melaui konsep Sekolah SEJAHTERA, pelajar akan menjalani kehidupan mereka berpandukan nilai-nilai ini kerana ini akan membolehkan mereka berkembang maju.

Dalam menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA ini, kementerian memerlukan dedikasi dan komitmen guru untuk menerapkan 14 elemen konsep tersebut secara langsung dan tidak langsung dalam minda dan diri murid-murid.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA diperkenalkan di sekolah pada permulaan kalendar akademik 2022/2023, yang bermula pada 21 Mac (lihat info grafik).

haru guru kpm 4

Sekumpulan guru menunjukkan bakat membuat persembahan dikir barat sempena sambutan Hari Guru.

Semasa festival itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, tema Hari Guru pada tahun ini dipilih dengan kesedaran bahawa guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara.

"Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu, tetapi juga untuk memastikan pelajar membentuk sahsiah yang baik dan daya saing yang tinggi," katanya.

Bagi merealisasikannya, Nor Zamani berkata, guru perlu menjadi teladan yang baik dengan menerapkan nilai-nilai murni dan semangat positif dalam tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, guru akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati masyarakat kerana dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap profesion mereka.

"Guru-guru yang dihormati, kementerian berharap anda akan terus fokus untuk melaksanakan tugas anda dan bijak dalam menangani cabaran mendidik anak bangsa," tambahnya.

Hari Guru 2_page-0001

Semasa festival berlangsung, Radzi menyampaikan anugerah kepada guru-guru yang mendapat pengiktirafan cemerlang.

Tahun ini, terdapat lima kategori tambahan selain Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022 dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022.

Kategori tersebut ialah Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Ikon, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru Inovatif dan Anugerah Cikgu Juara Digital (lihat info).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, anugerah itu dijayakan dengan kerjasama para penaja iaitu Yayasan Guru Malaysia Bhd (YGMB), Bank Islam Malaysia Bhd, Produk Nestle Sdn. Bhd (Milo) dan Malaysia Digital Perbadanan Ekonomi (MDEC).

Roslan Yatim diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022, manakala Datu Dr Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain