suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM umum mesyuarat Kabinet dipercepat, apa sebenarnya berlaku?

Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KERAJAAN akan mempercepatkan mesyuarat Kabinet mingguannya yang biasanya berlangsung pada Rabu, dan dibawa ke Isnin untuk membincangkan mengenai isu kenaikan harga barang keperluan dan bekalan ayam, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan membentangkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam mesyuarat itu.

"Kita bukan sahaja akan fokus kepada isu bekalan ayam tetapi kita juga akan melihat kepada dua perkara iaitu kos sara hidup yang dijangka meningkat.

"Ini merupakan fenomena global akibat perang (Rusia-Ukraine)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan melihat pemansuhan Permit Import (AP) untuk menangani isu bekalan dan harga makanan.

"Saya telah memansuhkan AP (untuk import bahan makanan), jadi mungkin kita akan lihat AP lain juga," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP ke atas import bahan makanan berkuat kuasa serta-merta. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain