suria

Matrade pastikan lonjakan besar eksport global dicapai

Matrade sedia membantu banyak syarikat dalam meningkatkan eksport dan mengukuhkan akses pasaran global.

DALAM usaha memastikan lonjakan besar pertumbuhan eksport dicapai, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) komited meletakkan Malaysia sebagai negara berdaya saing di peringkat antarabangsa seterusnya mempromosikan perusahaan tempatan menerusi 46 pejabat yang berpangkalan di luar negara dan lima pejabat serantaunya.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Mohd Mustafa Abdul Aziz menjelaskan, kebergantungan terhadap promosi peringkat kebangsaan semata-mata adalah tidak memadai untuk memacu pertumbuhan eksport negara.

Justeru, katanya, Malaysia mesti mempunyai fokus untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran global.

Bahkan, Matrade menjemput syarikat tempatan supaya mendaftar dengan agensi promosi perdagangan kebangsaan ini bagi mengakses pelbagai fasiliti yang tersedia seperti Pusat Maklumat Perniagaan (BIC), Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), Geran Pembangunan Pasaran (MDG), Dana Eksport Perkhidmatan (SEF), Perkhidmatan MyExport dan pelbagai khidmat nasihat berkenaan eksport.

Di samping itu, syarikat tempatan juga dapat memanfaatkan akses laporan risikan pasaran secara masa nyata serta petunjuk perdagangan sejajar dengan trend-trend pasaran global terkini. Ini bertujuan untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, pada tahun 2021, perdagangan luar Malaysia mencatat kejayaan dengan mencipta rekod baharu apabila melepasi paras RM2 trilion. Eksport mencecah RM1.24 trilion sekali gus mencapai 99 peratus tetapan Rancangan Malaysia Ke-12 yang meliputi 2021-2025 - empat tahun lebih awal daripada sasaran.

Bagi mengekalkan pencapaian perdagangan Malaysia ini, untuk tahun 2022, Matrade telah menggariskan 286 program pembangunan dan promosi eksport berdasarkan hala tuju strategik Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) yang menekankan aspek pendigitalan dan kemampanan supaya syarikat tempatan kekal kompetitif dan relevan di pasaran dunia.

Selaras dengan usaha untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan buatan Malaysia, termasuk sektor bernilai tinggi seperti perubatan, farmaseutikal dan aeroangkasa, program promosi eksport Matrade kali ini, merangkumi acara yang memberi impak, terutamanya Pameran Perdagangan, Misi Pecutan Eksport, Misi Pelaburan Perdagangan dan Program Penyumberan Antarabangsa sempena acara perdagangan utama.

Majoriti program menyasarkan pasaran Asean, Eropah, China, Asia Barat, Amerika dan Asia Timur.

“Malahan, penyertaan syarikat Malaysia pada acara perdagangan seperti Ekspo Dubai 2020, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Tokyo Game Show 2021 dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) membolehkan usahawan meneroka lebih banyak peluang untuk mengembangkan eksport,” jelas Mohd Mustafa.

Matrade komited membantu syarikat Malaysia untuk memperkukuhkan lagi akses pasaran global.

Lawatan kerja Mohd Mustafa ke Ekspo Dubai 2020.

Lawatan kerja Mohd Mustafa ke Ekspo Dubai 2020.

Marrybrown adalah di antara syarikat yang telah berdaftar dengan Matrade, berjaya menjadi salah satu rangkaian makanan segera halal terbesar di dunia dengan lebih 500 cawangan di 16 negara termasuk Sweden, Timur Tengah, Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, India, Maldives dan Afrika.

Sementara itu, MIT Innovation Sdn Bhd, syarikat yang berdaftar dengan Matrade turut meraih jumlah jualan yang prospektif daripada Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) yang diadakan di Houston, USA tahun lepas. “Jelas sekali, usaha dilakukan oleh pasukan global Matrade di ambang pandemik amat dihargai dan harus dipuji,” katanya.

Sejak 2017, Doluvo Sdn Bhd (Pops Malaya) juga mendapat manfaat daripada program-program anjuran Matrade. Syarikat itu berjaya meningkatkan sasaran eksport antarabangsanya berdasarkan kualiti petunjuk perdagangan yang diakses melalui portal Matrade.

Mohd Mustafa turut berkongsi mengenai acara utama tahunan Matrade iaitu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) yang berlangsung dalam suasana hibrid dari 7 hingga 10 September ini. Justeru itu, Matrade menjemput organisasi dalam dan luar negara untuk mengambil bahagian dalam acara halal antarabangsa terulung ini.

Mesyuarat secara maya semasa program Tokyo Game Show 2021 yang telah berlangsung secara hibrid di Jepun.

Mesyuarat secara maya semasa program Tokyo Game Show 2021 yang telah berlangsung secara hibrid di Jepun.

Hubungi Matrade melalui pejabatnya, platform media sosial atau layari www.matrade.gov.my untuk maklumat lanjut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain