suria

Tragis! Bayi 7 bulan, abang maut... rumah kedai terbakar

Dua beradik maut dalam kebakaran.

DUA beradik disahkah meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Parit di Perak pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 5 pagi itu berlaku ketika dua beradik berkenaan ditinggalkan di tingkat dua bangunan berkenaan, sementara ibu bapanya bersahur di tingkat bawah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Kanak-kanak perempuan dua tahun rentung dalam kediamannya di Kampung Sabah Baru

ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan sendirian, budak lelaki 9 tahun ditemukan rentung

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adiknya, Nor Fahmia berusia tujuh bulan terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai terbabit.

"Dua beradik berkenaan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi tujuan pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati, lokasi kebakaran merupakan bangunan kedai makan tiga tingkat yang mana tingkat bawah merupakan restoran makanan tomyam manakala tingkat dua dijadikan tempat tinggal pekerja.

Katanya, kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat dua bangunan itu yang dilengkapi dua bilik.

"Pada masa kejadian hanya tinggal dua kanak-kanak tersebut di tingkat 2, manakala ibu bapa dan pekerja-pekerja lain berada di tingkat bawah sedang bersahur. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain