suria

[VIDEO] 10 Pati maut kemalangan, 500 cuba lari depot imigresen

Rusuhan berlaku di Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu kira-kira pukul 5 pagi tadi.

RUSUHAN di Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu di Kedah menyaksikan kira-kira 500 tahanan melarikan diri.

Protes yang bermula sekitar pukul 5 pagi Rabu oleh kira-kira 650 tahanan Rohingya, dengan pantas bertukar menjadi rusuhan.

Sumber dalaman memberitahu The Star bahawa kira-kira 229 daripada tahanan berkenaan berjaya ditahan semula manakala kira-kira 10 tahanan dilaporkan meninggal dunia.

Dipercayai mereka maut selepas dirempuh kereta ketika cuba melintas Lebuhraya PLUS dalam keadaan huru-hara.

Difahamkan kebanyakan etnik Rohingya di depot tersebut sebelum ini ditahan dalam operasi oleh pelbagai agensi di Langkawi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan berhubung kejadian itu dikeluarkan pihak berkuasa namun difahamkan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain