suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiba-tiba pitam, warga emas rempuh kedai makan

Kereta yang dipandu wanita warga emas merempuh kedai makan di Batu 13, Hulu Langat pada Isnin.

SEORANG pemandu wanita warga emas yang tiba-tiba pitam, merempuh sebuah kedai makan di Batu 13, Hulu Langat Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 63 tahun itu tiba di kawasan parking hadapan kedai makan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut kereta rempuh dinding konkrit

ARTIKEL BERKAITAN: Cedera rempuh bas, juara Tour de France dikejarkan ke hospital

"Wanita itu dikatakan ingin tekan brek tetapi tertekan pedal minyak akibat pitam.

"Kenderaan berkenaan gagal dikawal lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parking sebelum merempuh masuk ke dalam kedai makan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, seorang pelanggan wanita yang ketika itu sedang mengambil makanan cedera dan telah dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Katanya, insiden itu mengakibatkan kerosakan harta benda di kedai makan terbabit.

"Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," ujarnya.

Mohd Zaid menasihatkan pemandu kenderaan agar memastikan tahap kesihatan yang baik sebelum memandu kenderaan di atas jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia