suria

Lelaki maut kereta rempuh dinding konkrit

Pasukan bomba di lokasi kejadian.

SEORANG lelaki maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya merempuh dinding konkrit sebuah bangunan di Muar, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Shahrizal Mohtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.16 tengah malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak rempuh lembu waktu Maghrib, pasrah tengok kereta baharu remuk - "Jadi macam ni, mana keberkatan rezeki?"

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar rakan baru kematian bapa akibat kemalangan, pelajar rempuh pokok dalam perjalanan pulang... besar ujian untuknya, kereta sewa remuk teruk!

Beliau berkata, kejadian itu melibatkan sebuah kereta yang berlaku dekat pasar lama di Jalan Ali, Muar.

"Pasukan seramai 10 anggota bomba yang diketuai Pegawai Kanan II Johar Tumin ke lokasi kejadian," katanya.

Shahrizal berkata, sebuah jentera pemadam api (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digunakan dalam operasi itu.

"Mangsa berusia 58 tahun yang dikenal pasti sebagai Tan Ten Huei, tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.

Shahrizal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau menambah, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain