suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pokok tumbang akibat angin kencang, 12 kereta rosak kena hempap

Antara kereta yang dihempap pokok berketinggian 12.2 meter pada petang Isnin.

HUJAN lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Selangor pada petang Isnin, mengakibatkan 12 kenderaan rosak akibat dihempap tiga batang pokok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian tersebut berlaku di parkir kereta di Cyber Valley, Cyberjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Angin kencang dan hujan lebat, rider maut dihempap pokok tumbang

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan dan angin kencang, wanita maut dihempap pokok di Universiti Malaya

Ujar beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang sebelum 14 anggota bomba bersama pasukan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan tersebut tiba di lokasi kejadian pada jam 5.36 petang dan memulakan kerja-kerja memotong pokok yang tumbang atas kenderaan-kenderaan tersebut.

"Kejadian melibatkan tiga batang pokok dengan ketinggian 12.2 meter menghempap 12 buah kenderaan di kawasan parkir kereta.

"Kerja-kerja memotong pokok-pokok tersebut dan mengalihkannya ke tempat selamat dilakukan pihak bomba dibantu oleh anggota Skuad Pantas MPSepang.

"Tiada mangsa terlibat," katanya dalam satu laporan pada Isnin. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia