suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hishammuddin disahkan positif Covid-19

Hishammuddin (gambar fail) disahkan positif Covid-19. foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif Covid-19.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada pagi Selasa berkata, Hishammuddin kini menjalani kuarantin kendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin positif Covid-19, alami gejala ringan

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah positif Covid-19 - "Bukan situasi mudah untuk dilalui"

"Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

"Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Jumaat," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia