suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cedera rempuh bas, juara Tour de France dikejarkan ke hospital

Bernal menjadi pelumba Amerika Latin pertama yang memenangi kejohanan berprestij Tour de France.

JUARA Tour de France 2017, Egan Bernal dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menjalani latihan.

Pelumba berusia 25 tahun itu dilaporkan melanggar sebuah bas di Gachancipa, Cundinamarca, Colombia yang juga negara kelahirannya.

Difahamkan, dia secara tidak sengaja telah melanggar bas berkenaan yang diletakkan di bahu sebuah jalan.

Biarpun tidak mengalami kecederaan parah, dia tetap dibawa ke sebuah hospital di utara Bogota.

Foto kejadian itu turut tersebar di media sosial.

Untuk rekod, Bernal menjadi pelumba Amerika Latin pertama yang memenangi kejohanan berprestij Tour de France pada tahun 2017. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia