suria

Legenda Liverpool Jamie Carragher ada calon pemain ‘sensasi’ untuk Anfield

Jamie Carragher mempunyai calon pemain yang sensasi untuk Anfield. foto sky sports

LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher memilih Kevin De Bruyne sebagai pemain yang akan ditandatanganinya untuk Liverpool yang disifatkannya sebagai 'begitu sensasi'.

Carragher memberi pandangan tersebut sekiranya dia berpeluang untuk memilih pemain.

Pemain skuad kebangsaan Belgium itu mencatatkan bantuan ke-80 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu, menyamai ikon Manchester United, David Beckham.

Bagaimanapun, pemain tengah Manchester City itu melakukannya dalam 68 perlawanan yang lebih sedikit.

De Bruyne bergelut untuk mengekalkan dirinya kerana perlu pulih daripada kecederaan buku lali ketika Euro 2020, selain dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemain berusia 30 tahun itu berada dalam prestasi yang menakjubkan.

Carragher berkata, De Bruyne berada dalam senarai teratas bagi pemain EPL dan beliau akan membawanya ke Anfield sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Zii Jia, Jin Wei dah ‘bebas’

Artikel Lain