suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benzema jadi mangsa rompakan

Rumah Benzema dipecah masuk ketika dia sedang bermain menentang Elche pada Ahad.

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema menjadi mangsa rompakan di rumahnya ketika dia sedang bermain menentang Elche di stadium Santiago Bernabeu pada Ahad, kata polis pada Isnin.

Polis berkata, insiden itu berlaku antara 3:00 petang dan 7:00 malam waktu tempatan di rumah kosong pemain itu di pinggir bandar Madrid, San Sebastian de los Reyes sebelum Benzema dan keluarganya pulang selepas mencatat keputusan seri 2-2 LaLiga Real menentang Elche.

Polis menambah bahawa mereka sedang menyiasat sama ada insiden itu ada kaitan dengan rompakan Februari 2019 yang dialami Benzema di rumahnya semasa perlawanan menentang Barcelona.

Tiada maklumat tentang nilai barang yang dicuri.

Ini bukanlah insiden pertama seumpama itu yang menjejaskan pemain di Eropah.

Pada bulan Disember, pertahanan Manchester City dan Benfica Joao Cancelo dan Nicolas Otamendi masing-masing diserang semasa rompakan di rumah mereka di England dan Portugal.

Di Sepanyol, Gerard Pique dan Ansu Fati telah menjadi mangsa rompakan di rumah mereka semasa perlawanan Barcelona. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Benzema, rompakan, rumah, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia