suria

Zii Jia kemuka rayuan kepada BAM

Zii Jia kemuka rayuan kepada BAM

LEE Zii Jia telah membuat rayuan untuk menyelamatkan kerjaya badmintonnya.

Dia dilaporkan telah menyerahkan suratnya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Isnin.

Keputusannya dibuat tiga hari selepas dia diketepikan selama dua tahun daripada semua kejohanan antarabangsa kerana tidak lagi bersama pasukan kebangsaan.

Dia meletakkan jawatan pada 11 Jan untuk menjadi pemain bebas.

“BAM boleh mengesahkan bahawa kami telah menerima surat rayuan daripada Lee Zii Jia hari ini,” kata badan kebangsaan itu dalam satu kenyataan.

“Sebagai badan yang menjaga kepentingan badminton negara, kami sedang meneliti perkara itu secepat mungkin untuk mencari penyelesaian terbaik.

"BAM berada di sini untuk melindungi bukan sahaja sukan itu, tetapi pemain, nilai dan standard yang mewakili negara kita yang tercinta."

BAM menambah bahawa mereka menyedari sentimen masyarakat mengenai isu itu.

"Kami sedar mengenai kemarahan dan kekecewaan yang dinyatakan terhadap persatuan. Keadaan ini amat mencabar dan mendapat perhatian semua pihak, daripada ahli politik sehinggalah pemain antarabangsa.

"Kami menghargai semua komen, kritikan dan maklum balas yang ditujukan kepada kami. Kami akan mengambil perhatian tentang sentimen yang diluahkan oleh rakyat Malaysia.

"Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, kami mempunyai proses dan prosedur yang mesti dipatuhi. Tindakan Majlis BAM adalah berdasarkan prosedur rasmi berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada mereka," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Benzema jadi mangsa rompakan

Artikel Lain