suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah 10 tahun bersara, bekas bintang ragbi tiba-tiba hilang tanpa jejak

Hargreaves bersara pada tahun 2012. - Foto: Action Images.

KEHILANGAN bekas pemain ragbi Bryn Hargreaves terus menjadi misteri.

Atlet berusia 36 tahun dari Amerika Syarikat itu dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Pihak berkuasa negara itu turut mengeluarkan notis, memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Sepanjang kerjayanya, Hargreaves membuat 197 kemunculan sebelum bersara pada tahun 2012.

Dia pernah bermain untuk pasukan Wigan Warriors, St Helens dan Bradford Bull sepanjang lapan tahun penglibatannya.

Dalam satu temubual, Hargreaves pernah berkata dia memilih untuk meninggalkan dunia sukan kerana ia tidak seindah yang disangka.

"Menjadi pemain ragbi dalam liga bukanlah kerjaya yang menjamin masa depan.

"Kami dianggap seperti daging. Pada akhirnya, kami tidak dihormati dalam liga," ujarnya suatu masa lalu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain