suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brazil tak benarkan pemain belum divaksin beraksi dalam liga utama

Menurut CBF, ia sentiasa berhubung dengan badan kesihatan dan telah berkongsi senarai keperluan terbaru itu kepada semua anggotanya.

KONFEDERASI Bola Sepak Brazil (CBF) pada Jumaat mengumumkan semua pemain mesti lengkap menerima vaksin Covid-19 untuk layak mengambil bahagian dalam kejuaraan liga tahun ini.

Menurut CBF ia sentiasa berhubung dengan badan kesihatan dan telah berkongsi senarai keperluan terbaru itu kepada semua anggotanya.

"Salah satu daripadanya ialah kewajipan untuk mengemukakan sijil vaksinasi lengkap terhadap Covid-19 kepada Suruhanjaya Perubatan CBF," menurutnya dalam satu kenyataan, yang dipetik Reuters.

Empat divisyen liga utama akan bermula pada minggu kedua April.

Jurulatih kebangsaan Brazil, Tite berkata dia tidak memilih pemain pertahanan Atletico Madrid, Renan Lodi untuk beraksi dalam skuadnya bagi kelayakan Piala Dunia akan datang kerana pemain itu belum lengkap divaksin.

Isu berhubung pendirian atlit terhadap vaksin Covid-19 menarik perhatian baru-baru ini selepas pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic, yang tidak divaksin, dihantar pulang dan tidak dibenarkan menyertai Terbuka Australia. - Channelnewsasia

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

CBF, Brazil, vaksin Covid-19

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia