suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalan berlubang di KM15.8, PLUS kesal kejadian berlaku akibatkan kereta rosak teruk

PLUS siasat jalan berlubang. - Gambar hiasan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jalan berlubang yang menyebabkan kereta rosak teruk di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, PLUS menyatakan kekesalan mereka dan memohon maaf atas kejadian di KM15.8 (arah selatan) antara Damansara dan Subang pada Sabtu (5 Mac).

ARTIKEL BERKAITAN: Jambatan runtuh di jalan lama Bentong-Raub, pemandu lori surat khabar cedera

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah mendap di Lestari Perdana: Polis, bomba standby di lokasi

"PLUS sedia memberikan bantuan yang diperlukan kepada pemilik kenderaan yang terjejas, yang boleh menghubungi talian PLUS di talian 1800 88 0000 atau melalui laman web PLUS, www.plus.com.my," katanya.

Tambahnya, pasukan PLUSRonda telah dihantar segera untuk membantu pelanggan di kawasan terjejas dan menguruskan aliran trafik sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Pasukan penyelenggaraan lebuh raya sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan turapan di kawasan yang terjejas.

"PLUS juga melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian dan memantau kawasan terjejas secara berterusan dalam memastikan pelanggan lebuh raya dapat melakukan perjalanan yang lebih selamat," katanya. - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain