suria

Gempar eskalator stesen LRT Ampang Park terbakar

Kebakaran yang berlaku di stesen LRT Ampang Park, Kuala Lumpur. foto JPBM KL

ESKALATOR di Stesen LRT Ampang Park di Kuala Lumpur, terbakar pada awal pagi Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.16 pagi.

"Api merebak dari eskalator ke siling. Tiada mangsa terlibat dan puncanya masih dalam siasatan,” menurut kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya ketika dihubungi berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian selepas asap dilihat dari stesen berkenaan.

"Kemungkinan kebakaran bermula selepas litar pintas berlaku di salah satu panel kawalan.

"Pihak pengurusan stesen telah menutup eskalator untuk keselamatan orang ramai," katanya. - The Star

Artikel Lain