suria

Padah tepuk punggung ibu tunggal, warga Bangladesh ditahan Imigresen

Bangladesh ditahan cabul ibu tunggal.

SEORANG lelaki warga Bangladesh dicekup selepas dipercayai mencabul pekerja wanita dalam kejadian di sebuah gudang di Telok Gong, Klang Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun sedang melakukan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

"Penyelia gudang itu kemudian secara tiba-tiba telah bertindak menepuk punggung mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.

"Tersentak dengan tindakan lelaki warga Bangladesh itu, mangsa telah membuat satu laporan polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Khamis.

Menurut beliau, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Klang Selatan yang diketuai Inspektor Khairul Shahril Azmam telah menahan suspek di gudang terbabit kira-kira jam 11 malam, pada hari kejadian.

Jelasnya, suspek berusia 35 tahun itu kini direman di bawah Akta Imigresen.

"Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain