suria

Konon jual durian, lelaki ditahan ambil duit tapi raja buah tak sampai-sampai

Seorang lelaki dipercayai menjadikan durian sebagai umpan untuk mendapatkan wang dengan mudah.

PADAH menjadikan durian sebagai umpan bagi mendapatkan wang, seorang lelaki lelaki berusia 32 tahun telah ditahan polis di Singapura.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah melakukan perbuatan tersebut sejak bulan lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Petani Ukraine curi kereta kebal Rusia, jual jadi besi buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU dicekik hingga mati kerana didakwa mencuri - "Orang ramai hanya rakam hingga malaikat maut cabut nyawanya"

Berdasarkan laporan polis, mangsa mengatakan mereka telah ditipu oleh seseorang yang mendakwa menjual durian, namun raja buah itu tidak dihantar selepas pembayaran dilakukan.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya percaya dia terlibat dalam satu lagi kes menipu menggunakan kaedah serupa membabitkan penjualan palsu barangan elektronik namun tidak menyatakan jenis barang tersebut.

"Dia akan didakwa atas kesalahan menipu pada Khamis. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (2 Mac).

Terdahulu, polis turut menasihati orang awam supaya membuat pembelian daripada penjual yang dibenarkan atau sumber yang bereputasi, terutamanya untuk item bernilai tinggi.

"Penipu boleh menarik pembeli untuk menghubungi mereka secara terus melalui platform pemesejan seperti WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan tawaran yang lebih baik atau lebih pantas jika pembayaran pindahan bank dibuat terus kepada mereka,” kata polis.

"Mereka juga mungkin menggunakan akaun bank tempatan atau memberikan salinan kad pengenalan atau lesen memandu untuk membuat anda percaya bahawa mereka adalah penjual tulen. Jangan jatuh cinta," katanya. The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain