suria

Selamat tinggal 3G! 20 peratus yang masih 'setia' akan beralih kepada 4G akhir Mac ini

Rangkaian 3G akan ditamatkan sepenuhnya pada akhir Mac ini.

PENAMATAN rangkaian 3G secara berperingkat yang dijadualkan Disember 2021 telah dilanjutkan sehingga akhir Mac ini seperti yang digariskan dalam Jalinan Digital Negara (Jendela).

Ia bagi memberi laluan penambahbaikan dan menyokong rangkaian 4G di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu tak ada hak buat semua ini” - Rampas, baling dalam api! Tindakan guru bakar handphone pelajar dianggap keterlaluan

ARTIKEL BERKAITAN: Dah dapat dua telefon baharu, trauma masih ada selepas insiden handphone meletup semasa sesi PdPR

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, 79 peratus daripada 2.1 juta pelanggan rangkaian 3G atau kira-kira 1.66 juta telah beralih daripada rangkaian itu pada Disember 2021, manakala 80 peratus pengguna 3G atau 203,374 telah menamatkan rangkaian berkenaan.

"Baki 440,852 atau 21 peratus pelanggan telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai tarikh penamatan itu. Mereka akan menunggu sehingga semua pembawa 3G ditamatkan sebelum beralih kepada 4G.

"Mengenai kelewatan sebanyak 50,486 atau 20 peratus daripada pengguna 3G, (ia) disebabkan musim banjir dan monsun,” katanya pada taklimat secara maya Laporan Jendela bagi suku keempat 2021, pada Jumaat.

Fadhlullah Suhaimi berkata, penamatan itu telah diputuskan di bawah pelan Jendela berikutan jumlah infrastruktur dan tahap spektrum yang diperlukan untuk menyokong rangkaian 4G adalah tinggi.

Katanya, ia turut didorong oleh trend tingkah laku pengguna semasa yang lebih cenderung kepada penggunaan data yang lebih sesuai dengan 4G, berbanding suara iaitu 3G.

"Memang diakui, cabaran awal akan sentiasa ada apabila (rangkaian mudah alih) ditamatkan, namun, jumlahnya tidak besar. Sehubungan itu, kami akan sentiasa memfokuskan untuk memacu penambahbaikan liputan 4G,” katanya.

Beliau berkata, antara Januari dan Disember 2021, SKMM mencatatkan keseluruhan 200,675 aduan rangkaian dengan kebimbangan utama pengadu adalah melibatkan kualiti perkhidmatan 4G. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

3G, 4G, rangkaian, Jendela, plan jalur lebar

Artikel Lain