suria

“Cikgu tak ada hak buat semua ini” - Rampas, baling dalam api! Tindakan guru bakar handphone pelajar dianggap keterlaluan

Rakaman tular ini meraih perhatian ramai yang mana tindakan guru-guru tersebut dianggap kejam dan keterlaluan.

PENGGUNAAN telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Dari sudut positif, mereka boleh menggunakan peranti itu untuk tujuan pembelajaran dan komunikasi dengan ibu bapa, namun ada juga yang mengambil kesempatan sehingga berlaku penyebaran video porno dan sebagainya.

Sejak Ahad, kecoh satu rakaman menerusi aplikasi TikTok, laman sosial Twitter dan Facebook yang memaparkan tindakan guru wanita bertudung membakar telefon bimbit di perkarangan sebuah sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu dikenali sebagai ‘Abang Kesian’ raih populariti luar biasa, tak melatah terima komen pertikai karakter lembut - “Rasa macam artis walau sendu”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 14 tahun dah belajar agama di Afrika Selatan, cikgu mengaji kongsi petua hafal al Quran... terkejut live TikTok boleh dapat 6,000 views

Dalam rakaman berdurasi 15 saat itu, dua guru wanita bergilir-gilir membaling beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong besi yang sedang marak dengan api.

Turut kelihatan sekumpulan murid perempuan di kawasan itu, malah ada dalam kalangan mereka yang menjerit dan menangis tatkala melihat telefon bimbit dilemparkan ke dalam api.

Kejadian itu dirakam pada waktu malam, dipercayai berlaku di sebuah sekolah asrama.

fon1

Antara komen netizen di aplikasi TikTok.

Sehingga kini, video yang dimuat naik menerusi TikTok Malaysian Update News itu meraih dua juta tontonan.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen.

Ini di Malaysia ke? Pertama sekali, gila ke bakar telefon macam tu? 100 peratus bahaya.

PELAYAR TWITTER

Ada yang beranggapan ia berlaku di negara ini, tak kurang juga yang mendakwa ia berlaku di negara Indonesia.

Selain TikTok, pelayar Twitter dan Facebook tempatan turut mengecam keras tindakan dua guru wanita itu yang dianggap kejam dan menyalahi undang-undang.

Semakan mStar mendapati ramai yang kurang setuju dengan tindakan guru-guru itu dan berharap pendekatan lebih harmoni dapat diambil dalam menangani kes penggunaan telefon bimbit di sekolah.

"Ini di Malaysia ke? Pertama sekali, gila ke bakar telefon macam tu? 100 peratus bahaya. Jangan sesekali bakar telefon anda.

"Kedua, cikgu tak ada hak untuk buat semua ini. Paling-paling pun cikgu boleh rampas dan pulangkan kemudian. Ini boleh dikira mencuri dah," tulis @zazuhri di Twitter.

fon2

Ramai luah rasa tak setuju atas tindakan guru-guru tersebut.

"Rampas (telefon) masih boleh diterima. Kita boleh tuntut kemudian tapi bakar itu sangat keterlaluan.

"Terpaling cikgu. Atas alasan nak beri pengajaran. Pengajaran yang kau bagi kat anak-anak ini adalah dendam dan rasa tak puas hati.

"Tak boleh bayangkan yang famili kurang senang. Mak ayah susah payah kumpul duit belikan anak telefon untuk belajar, akhirnya macam ni," tulis beberapa lagi netizen di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain