suria

Cikgu dikenali sebagai ‘Abang Kesian’ raih populariti luar biasa, tak melatah terima komen pertikai karakter lembut - “Rasa macam artis walau sendu”

Ijam merupakan guru seni persembahan di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

LEMBUT itu perwatakan, bukan kita mengubah ciptaan Tuhan.

Demikian kata seorang guru seni persembahan yang cukup dikenali sebagai 'Abang Kesian' menerusi laman TikTok.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Iltizam Abdul Hamid, 26, atau Ijam mendedahkan tagline 'kesian' mula digunakan secara spontan bagi membalas komen-komen jahat yang memperkatakan mengenai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke lelaki lembut dicintai?” - Berhak cari jodoh, Ervan Rizuan perjelas kemesraan bersama pelakon YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin sekolah kacak tapi garang, paling win berleter dialek Kelantan di TikTok

"Saya mula main TikTok masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Awal tu saya menari, buat lip-sync... lama-lama orang komen pelil-pelik, sebab karakter saya lembut.

"Ada orang tanya, awak ni lelaki ke perempuan? Dalam rasa marah, saya cuma balas, cakap kesian, kesian eh kesian... macam tu lah lebih kurang.

"Tak sangka tagline 'kesian' tu jadi ikutan dan jadi bahan lawak. Sebenarnya keturunan saya suka guna perkataan tu.

Ijam memiliki lebih 320,000 pengikut di TikTok.

"Sangat suka bila orang lain guna tagline tu juga, daripada guna perkataan kesat, kita ganti dengan perkataan itu," ujarnya.

Impak populariti dalam tempoh kurang setahun, guru dari Kulim, Kedah yang berkhidmat di Pulau Pinang itu kini memiliki lebih 320,000 pengikut di TikTok.

Ujarnya, dia sendiri risau dengan populariti yang diraih namun mahu menggunakannya sebaik mungkin untuk menyebarkan input positif.

Pada saya lembut itu bukan penghalang untuk berjaya.

IJAM

"Saya nak ubah mindset yang TikTok itu satu benda yang negatif. Banyak ilmu boleh diperolehi dalam TikTok.

"Tapi takut sebenarnya. Saya ni seorang yang happy go lucky. Suka buat apa-apa saja, memang orang seni.

"Bila orang dah kenal, takut gerak-geri diperhati. Saya pergi pasar raya pun ada orang tegur, ada yang minat bergambar.

Ijam banyak menguasai seni tarian tradisional negara ini.

"Rasa macam artis sikit walaupun saya sendu," ujarnya berseloroh.

Menurut Ijam lagi, dia turut dihubungi guru-guru lelaki yang berperwatakan lembut, memaklumkan mereka kini lebih yakin selepas menonton video-videonya.

"Saya kadang-kadang down juga dengan komen yang diterima. Tapi senang, saya block. Saya tak pening kepala, mereka tak bertambah dosa.

"TikTok ni penghilang stres, banyak benda lawak. Asalkan tak ganggu tugasan hakiki dan kena berhati-hati bila buat content.

Ijam mahu mengubah persepsi orang ramai terhadap aplikasi itu.

"Pada saya lembut itu bukan penghalang untuk berjaya, kita kena sentiasa positif dan jadi diri sendiri," ujarnya yang juga graduan bidang Seni Persembahahan (Drama) di Universiti Malaya (UM).

Menurut Ijam meguasai banyak tarian tradisional negara ini, dia juga merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain