suria

Banjir: Tampin terjejas teruk, lebih 1,200 mangsa dipindahkan ke PPS

Pemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah ditenggelami banjir ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi, pada Ahad. Foto: Bernama

TAMPIN menjadi daerah paling terjejas di Negeri Sembilan yang dilanda banjir, apabila menyaksikan 1,253 mangsa dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata secara keseluruhan, 1,741 mangsa di empat daerah terpaksa dipindahkan ke 17 pusat.

Selain Tampin, daerah lain yang terjejas ialah Jempol, di mana 346 orang dipindahkan ke empat PPS, Kuala Pilah (116) dan Jelebu (27).

ARTIKEL BERKAITAN: 1,646 mangsa banjir di Tangkak dan Segamat dipindahkan ke PPS

Beberapa jalan juga ditutup sementara akibat banjir kilat.

Antaranya adalah Jalan Jelai-Bahau, Jalan Loop Palong, Jalan Dangi-Bahau, Jalan Gemas-Rompin, Jalan Londah-Gemas, Jalan Kurnia Diraja-Felda Jelai 2, Jalan Dangi-Kepis-Bahau dan Jalan Gemas-Jelai Tambahan.

Exco kesihatan negeri dan Adun Repah S. Veerapan ketika dihubungi menafikan dakwaan penduduk di Taman Pinggiran Felda Kelamah bahawa siren banjir di sepanjang Sg Kelamah tidak berfungsi menyebabkan penduduk di kawasan itu tidak mendapat amaran awal.

"Siren berfungsi, tetapi penduduk mungkin tidak mendengarnya berikutan hujan lebat luar biasa.

"Malah, kami berjaya mengeluarkan mereka sebelum kawasan itu dinaiki air," katanya.

Tambahnya pihak berkuasa juga telah memberi amaran kepada penduduk bahawa mereka perlu meninggalkan kediaman masing-masing jika paras air terus meningkat. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain