suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van penghantaran terbalik, tin bir berselerakan di Jambatan Pulau Pinang

Tin bir berselerakan di Jambatan Pulau Pinang selepas sebuah van penghantaran terbalik.

SEBUAH van penghantaran yang membawa bir terbalik, menyebabkan tin-tin minuman keras itu berselerakan di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang pada pagi Ahad (2 Januari).

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, pemandu van berkenaan dipercayai hilang kawalan dan kenderaan yang dipandunya terbalik di tengah-tengah jambatan ketika dalam perjalanan ke Prai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pemandu van itu berjaya menyelematkan diri dengan keluar daripada kenderaannya dan hanya mengalami cedera ringan.

Hanya sebahagian lorong di jambatan itu mengalami kesesakan dan difahamkan tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia