suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kertas siasatan dakwaan gangguan seksual melibatkan Ebit Lew diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan melibatkan pendakwah itu berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Foto: Facebook Ebit Lew.

NAMA Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara ini.

Dalam perkembangan terbaharu, kertas siasatan melibatkan pendakwah itu berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew, isteri dipanggil ke Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

"Bagaimanapun kita meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya.

Pada Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober lalu, beliau berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia