suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran 'mamak' taja Dr Zakir Naik RM175,000 sebulan?

Mesej tular mendakwa Dr Zakir Naik menerima RM175,000 setiap bulan daripada restoran India Muslim. Foto: Bernama

TULAR satu mesej di media sosial baru-baru ini apabila mendakwa pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik menerima RM175,000 setiap bulan daripada restoran India Muslim di negara ini.

Mesej itu mendakwa sebuah persatuan dikenali sebagai Persatuan Restoran Mamak Malaysia yand dikatakan mempunyai 17,351 ahli bertindak menaja Dr Zakir Naik setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: PMO nafi kerajaan beri tanah kepada Zakir Naik

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan The Star mendapati mesej tular itu adalah berita palsu.

Malahan, didapati dakwaan itu telah dikitar semula di mana ia mula tersebar di media sosial pada 2019.

Pada tahun yang sama, Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (Presma) turut menafikan khabar angin bahawa Dr Zakir dibiayai oleh restoran India Muslim dalam wawancara dengan The Star.

"Persatuan Restoran Mamak Malaysia tidak wujud," kata jelas Presma. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain