suria

Covid-19: Angka harian meningkat, Malaysia rekod 3,683 kes baharu

Malaysia merekodkan 3,683 kes baharu Covid-19 pada Rabu.

SEBANYAK 3,683 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Selasa iaitu 2,897 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,750,516 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain