suria

47 mangsa korban banjir, lima lagi masih hilang

47 terkorban, lima masih hilang.

SERAMAI 47 korban banjir dicatatkan sehingga Ahad manakala lima daripada mereka masih belum ditemui.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui kenyataan memaklumkan lima mangsa membabitkan lelaki dewasa dalam kejadian banjir di Pahang.

Kenyataan itu turut menyebut, dalam kejadian di negeri itu, seramai 13 mangsa lelaki dewasa, empat wanita dan dua kanak-kanak lelaki manakala di Kelantan membabitkan dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Jumlah korban seluruh negara pula membabitkan 32 lelaki, 12 wanita dan tiga kanak-kanak," kata kenyataan itu pada Ahad.

Selain itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan Selangor mencatatkan angka korban tertinggi sebanyak 25, diikuti Pahang (19) dan Kelantan (tiga).

"Daripada 25 jumlah kematian direkodkan di Selangor, 17 kes adalah lelaki dewasa, manakala lapan lagi kes melibatkan wanita dewasa. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain