suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rebat 100 peratus bil elektrik bulan Disember buat pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir

Ismail Sabri melawat kawasan terkesan akibat banjir di Taman Nanding.

TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat 100 peratus untuk bil elektrik bulan Disember kepada pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sejumlah 72,000 pelanggan domestik akan mendapat manfaat daripada rebat bil elektrik itu.

“Ini tidak melibatkan kilang, ini untuk rumah. Ini lanjutan daripada bantuan yang diberikan, jadi bil elektrik Disember diberi rebat.

“...Saya juga meminta TNB membantu rumah golongan B40 yang terjejas akibat banjir apabila bekalan elektrik disambung semula,” katanya pada sidang media selepas melawat kawasan yang dilanda banjir di Hulu Langat termasuk di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, pada Ahad (26 Dis).

Beliau berkata syarikat utiliti itu telah menjalankan pemeriksaan pendawaian percuma di rumah yang terjejas banjir di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur sejak Jumaat (24 Dis). - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain