suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batal cuti: Menteri pulang dari luar negara perlu jalani kuarantin - Khairy

Khairy (gambar fail) memberi penjelasan berkaitan Covid-19. foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

WALAUPUN menteri Kabinet yang bercuti di luar negara diarah segera pulang ke Malaysia, namun mereka tetap perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjalani kuarantin.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang media, Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: Menteri Kabinet diarah batal cuti, segera pulang ke Malaysia

Beliau berkata, syarat kuarantin tersebut masih terpakai dan wajib dipatuhi walaupun semua menteri tersebut telah diarahkan pulang dengan segera.

"Buat masa ini mereka mesti menjalani kuarantin.

"Walaupun mereka dipanggil pulang, tetapi sangat penting untuk kita berwaspada dan berhati-hati dalam perkara ini," katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan menteri yang sedang bercuti membatalkan cuti masing-masing dan menumpukan kepada bencana banjir yang sedang melanda negara. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain