suria

Cuti kecemasan untuk penjawat awam terjejas banjir, PM saran majikan swasta turut beri cuti tanpa potong gaji, cuti tahunan

Banjir di Taman Sri Muda di Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

KERAJAAN bersetuju untuk memberi cuti kecemasan kepada penjawat awam yang terjejas akibat banjir.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, petang Ahad, susulan krisis banjir yang melanda kebanyakan kawasan di negara ini sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sejam rumah tenggelam! Penduduk selamatkan diri atas bumbung, pilu tengok ibu masih berpantang bersama bayi terpaksa 'turut serta'

ARTIKEL BERKAITAN: 184 individu terkandas di resort di Bentong lebih 15 jam! Elektrik terputus, dibimbangi tiada makanan - "Damage letak tepi, yang penting nyawa"

"Saya juga menyeru kepada majikan-majikan swasta supaya memberi cuti kecemasan kepada pekerja mereka yang terkesan akibat banjir.

"Jika mereka setuju beri, dua perkara yang kita syaratkan adalah tidak boleh ditolak cuti tahunan dan tidak boleh potong gaji... tapi cuti berbayar," katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri meminta majikan-majikan swasta membuat pertimbangan itu dari segi kemanusiaan terhadap pekerja yang terkesan akibat banjir.

"Kita mengesyorkan. Dari segi perundangan, saya tak pasti... saya rasa tak ada undang-undang yang memaksa majikan untuk memberi cuti kepada pekerja (akibat banjir) tapi dari segi kemanusiaan.

"Sebab kalau duduk di pusat pemindahan sehelai sepinggang je tinggal macam mana nak pergi bekerja? Anak kecil pun ada di situ.

"Jadi dari segi keadilan, saya minta majikan swasta memberi cuti tanpa pemotongan gaji dan tanpa memotong cuti tahunan pekerja mereka yang terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Beliau menambah, setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain