suria

Agong redah banjir, tinjau situasi di ibu kota

Al-Sultan Abdullah berkenan meredah air banjir ketika meninjau sendiri situasi banjir di sekitar ibu kota. Foto/ Facebook Istana Negara

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau situasi banjir di sekitar ibu kota yang terjejas teruk susulan hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Baginda berkenan turun kenderaan di susur jalan menghala ke World Trade Cenrte KL (WTCKL) dan berdiri di tengah hujan serta meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 11,000 mangsa banjir ditempatkan di PPS enam negeri - PM

Gambar ketika baginda melakukan tinjaun turut dikongsikan di media sosial Istana Negara.

"Keberangkatan Seri Paduka Baginda bercemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca," menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara pada lewat malam Sabtu.

Ketika ini kebanyakan laluan di ibu kota dan Selangor ditutup kepada pengguna jalan raya kerana dinaiki air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan 12 negeri, antaranya Perak, Pahang dan Selangor.

Setakat malam Sabtu, lebih 11,000 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Agong, banjir, WTC, mencemar duli

Artikel Lain