suria

Pergerakan tanah dikesan dekat kawasan runtuhan di Cameron Highlands

Mereka yang ingin ke Cameron Highlands boleh menggunakan laluan dari Tapah sebagai ganti.

LEBIH banyak pergerakan tanah dikesan berhampiran kawasan tanah runtuh di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, kata Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dia dimaklumkan mengenai hal itu pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh di jalan Cameron Highlands, kenderaan dipercayai tertimbus

"JKR mempunyai alat untuk mengesan pergerakan (tanah). Semasa mesyuarat malam tadi, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan saya tentang pergerakan baru-baru ini.

“Jalan itu telah ditutup sekurang-kurangnya seminggu. Oleh itu, mereka yang ingin ke Cameron Highlands boleh menggunakan laluan dari Tapah sebagai ganti.

“Namun, memandangkan jalan Tapah ditutup baru-baru ini akibat tanah runtuh beberapa minggu lalu, kita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati,” katanya pada Sabtu.

Pada 2 Disember, tanah runtuh besar berlaku di KM27 Jalan Simpang Pulai-Lembah Biru, menimbus sebuah lori sarat sayur dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Dua mayat ditemui daripada serpihan - pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan Tan Chee Heng, 36, pemandu MPV. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain